Warung Santapan Restu Ibu

KAMI MEMAHAMI CITARASA ANDA

Menyediakan masakan kegemaran orang melayu dimasak menggunakan rempah-ratus terpilih dan bahan-bahan segar.

Aroma yang memikat rasa.... Gulai ikan dimasak dalam periuk tanah menu popular pilihan pelanggan.... Tenggiri, Bawal, Nyok², Berangan, Seludu, Senangin dan Kembong dimasak panas² menggunakan rempah giling istimewa (home made)

Di tambah menu iringan seperti Daging goreng lada hitam @ Daging masak hitam, Ayam masak merah @ masak kicap, Keli goreng bercili, Masak lemak cili api pucuk paku, Asam pedas batang keladi yang istimewa, Gulai daging rebung madu, Sambal sotong @ ikan bilis, Air asam ikan pari @ kembung, ikan merah masak taucu, sup panas, kurma daging @ telur dan lain²

Ayam goreng kunyit @ goreng berempah, bawal goreng hanya digoreng apabila mendapat pesanan pelanggan... dicicah bersama cili padi digaul bersama kicap cair & bunga kantan.

Tidak ketinggalan juadah tradisional orang melayu seperti Ikan pekasam goreng, Ikan masin, Kerabu kerang pucuk paku, kerabu perut, Telur asin dan Sambal belacan serta Ulam-ulaman segar...

Menu tersedia bersama pilihan minuman sejuk dan panas. Antara pilihan ramai... Ais kacang sempoi, Lai Chee Kang, Jus Cinta, Kelapa laut + Longan, Air jagung special dan lain²

Nikmatilah sendiri.... menjamu selera di restoren yang masih menggunakan atap nipah dan rumbia terasa sejuk dan nyaman, dilengkapi pondok sila dan meja jepun untuk mereka yang teringin makan sambil bersila, kami juga akan memperkenalkan NASI TALAM kepada yang datang berkeluarga (apa salahnya suami isteri serta anak² makan bersama dalam 1 talam). Alangkah indahnya hubungan siraturrahim dipereratkan ketika makan.

Sekadar melihat dan membaca saja tidak memberikan apa-apa erti, kalau tak cuba, maka tak cinta, kalau tak rasa, tak akan terasa nikmatnya.

Singgahlah ke restoren kami anda pasti tidak menyesal....

Bukan sekadar makan........... Sambil Makan Kita SRS







SANTAI...............RELAKS.................SEMPOI































Saturday, July 3, 2010

Nasi Lemak Original


Memperkenalkan Nasi Lemak Original.
Dimasak menggunakan santan kelapa dicampur bersama ramuan asli. Ditanak sehingga 80% masak dan dikukus sehingga masak.... Rasailah aroma nasi lemak daun pandan disajikan diatas daun pisang bersama lauk pauk istimewa seperti sambal ikan bilis, sambal sotong, ayam goreng, telur mata, sambal daging dan sambal ikan kering. Ditambah dengan sajian iringan seperti kacang goreng,bilis rangup, papadom dan timun segar.....

Nikmatilah bersama teh tarik panas @ kopi O, anda pasti puas dan semestinya kunjungan anda bukan untuk kali pertama.

Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan, serendah RM0.80 sehingga RM6.00

Apa tunggu lagi jomlah ke Warung Santapan Restu Ibu......